PERLU saring air dari tekstur pejal untuk dapatkan hasil lebih baik.
PERLU saring air dari tekstur pejal untuk dapatkan hasil lebih baik.
KEJU sajian boleh beri kebaikan pada ibu mengandung.
KEJU sajian boleh beri kebaikan pada ibu mengandung.
Nurul Husna Mahmud


KEJU kini diterima baik dalam sajian tempatan apabila mampu menaikkan profil rasa sesuatu hidangan sehinggakan ia disukai baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak.

Jika dilihat kebanyakan sajian yang viral, keju adalah 'hero' iaitu rasa lemak masin membuatkan ia mampu membangkitkan selera selain warna 'kuning' krim memberi visual yang unik.

Tidak menumpukan kemampuan keju dalam menaikkan profil rasa bagi hidangan jalanan biasa, pengambilan keju dalam sajian seimbang boleh bantu memberi kebaikan kepada kesihatan.

Berikut kebaikan pengambilan keju dalam diet seharian:

1. Bekalkan lemak baik untuk keperluan tubuh

Kandungan asid lemak dalam keju seperti asid lenolik (CLA) mempunyai kebaikan dalam mencegah pembentukan aterosklerosis (satu penyakit pada arteri apabila plak-plak lemak, karbohidrat kompleks dan tisu bergentian berkumpul dalam dinding arteri yang menyebabkan aliran darah tersekat), bantu aturan tindak balas imun dan kurangkan berat badan.

Dalam satu kajian University of Limerick Ireland pula mendapati lemak yang wujud dalam produk tenusu seperti keju ada kandungan anti-inflamasi yang boleh menjaga kesihatan kardiovaskular.

SAJIAN seimbang bersama keju antara pilihan baik dalam diet kalsium.
SAJIAN seimbang bersama keju antara pilihan baik dalam diet kalsium.

2. Kurangkan risiko kanser

Keju yang mengandungi CLA dan sfingolipid (kandungan bahan dalam membran sel) dikatakan dalam satu kajian oleh University of Milan Itali boleh mengurangkan masalah kanser kolon. Manakala Texas Tech University Health Sciences Center pula mendapati diet kalsium boleh atasi masalah kanser kolorektal.

3. Bantu ketika proses mengandung dan kelahiran bayi

Kalsium dalam keju pilihan baik buat wanita yang mengandung kerana ia dikatakan dapat membantu ketika menghadapi kontraksi bersalin.

4. Bagi kesihatan tiroid

PENYEDIAAN awal iaitu susu dimasak atas api dan masukkan jus lemon.
PENYEDIAAN awal iaitu susu dimasak atas api dan masukkan jus lemon.

Keju yang kaya dengan selenium bantu atur semula fungsi tiroid. Keju cedar antara contoh keju yang boleh diambil dalam diet supaya mengurangkan risiko menghadapi masalah tiroid.

TEKSTUR pepejal yang juga keju.
TEKSTUR pepejal yang juga keju.

Penyediaan keju di rumah

Bahan-bahan:

6 cawan susu krim penuh

4 sudu besar jus lemon

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Panaskan susu dalam periuk dan kacau terus, biarkan dalam api sederhana hingga tinggi. Ketika susu menjadi panas dan berbuih (sebelum mendidih), masukkan jus lemon dan kacau perlahan-lahan sehingga ada ketulan terbentuk.

2. Jika masih tiada gumpalan, tambahkan lagi lemon dan selepas ada gumpalan terbentuk, biarkan sejuk untuk kerja saring tekstur pepejal dari cecair yang ada.

3. Selepas isi pepejal disaring, gunakan kain untuk tapis air dengan baik dan pindahkan dalam mangkuk kaca dan masukkan garam mengikut rasa. Untuk tekstur lebih baik boleh panaskan dalam gelombang mikro pada suhu tinggi selama satu minit.

4. Boleh dicampur bersama sajian salad atau hidangan bersesuaian.

KEJU yang berjaya dihasilkan.
KEJU yang berjaya dihasilkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 April 2021 @ 6:10 AM