MENAWARKAN pelbagai kemudahan yang mewah.
MENAWARKAN pelbagai kemudahan yang mewah.

UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) terus memperkenalkan produk hartanahnya di Lembah Klang menerusi segmen perumahan mewah di Mont'Kiara, Allevia.

Menerusi papak bumbungnya siap ke tingkat paling atas, pembangunan kediaman dengan ketara menandakan kehadiran UEM Sunrise di kawasan kejiranan sebagai salah satu pemaju perintis Mont'kiara.

Ketua Pegawai Operasi Sunrise (wilayah tengah), Liong Kok Kit berkata, pencapaian mercu tanda itu mengukuhkan kehadiran dan portfolio syarikat itu di wilayah tengah.

"Tradisi 'topping out' UEM Sunrise adalah titik penting dalam proses pembinaan, melambangkan penyempurnaan fasa struktur dan pembangunan UEM lain kediaman mewah UEM Sunrise dengan pemandangan latar langit Mont'kiara yang menakjubkan.

RUANG kediaman yang luas.
RUANG kediaman yang luas.

"Dilancarkan pada 2020, kediaman ini meliputi tanah seluas 1.2 hektar iaitu terdiri daripada menara 43 tingkat yang direka dengan teliti di tengah-tengah kawasan yang sibuk.

"Setiap menara dilengkapi dengan empat unit. Setiap tingkat dengan dibina antara 1,703 kaki persegi hingga 2,634 kaki persegi," katanya.

Jelasnya, penduduk Allevia akan menikmati susun atur ruang mewah dari kehidupan yang tersendiri dan ruang makan serta dapur kering dalam konfigurasi pelan terbuka.

"Dengan hanya empat unit setiap tingkat, menjadikan ruang lebih tenang dan ditambah pula dengan pemandangan yang menakjubkan dari latar langit Mont'kiara, Allevia adalah gabungan kemodenan yang meriah dan kehidupan yang selesa," katanya.

Harga jualan unit itu bermula dari RM1.5 juta hingga RM2.5 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2024 @ 6:44 AM