KAWASAN kediaman yang selamat mampu lahirkan keharmonian dalam kalangan penduduk selain kemudahan serba lengkap.
KAWASAN kediaman yang selamat mampu lahirkan keharmonian dalam kalangan penduduk selain kemudahan serba lengkap.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


MEMILIKI kediaman atau pun hartanah di kawasan kejiranan yang baik sememangnya menjadi idaman semua.

Ini kerana kawasan kejiranan yang baik bukan sahaja membawa keharmonian dan pengaruh positif dalam kehidupan malah memberi ketenangan fikiran kepada penghuninya.

Namun, tahukah anda apakah sebenarnya ciri-ciri kawasan kejiranan yang baik?

Apabila menyentuh mengenai kawasan kejiranan yang baik, aspek persekitaran selamat dengan kadar jenayah rendah adalah faktor paling penting.

Anda tentunya mahu tinggal di kawasan kejiranan yang selamat jadi, pastikan anda meneliti latar belakang kejiranan pilihan sebelum memutuskan untuk tinggal di situ.

Malah anda juga boleh bertanya atau selidik dengan penghuni yang sudah lama menetap di kawasan itu.

Penghuni sedia ada pula seharusnya mesra dan menerima kedatangan jiran baharu dengan tangan terbuka.

KAWASAN kejiranan yang baik bukan sahaja membawa keharmonian dan pengaruh positif dalam kehidupan.
KAWASAN kejiranan yang baik bukan sahaja membawa keharmonian dan pengaruh positif dalam kehidupan.

Jiran tetangga juga faktor penting dan mereka adalah sebahagian daripada kehidupan seharian, proses sosialisasi dan interaksi kita dengan masyarakat.

Bagaimanapun, untuk mempunyai jiran yang baik, anda juga perlu menjadi jiran yang baik terlebih dahulu.

Komuniti kejiranan yang baik turut membantu mewujudkan kawasan yang selamat untuk kanak-kanak dan wanita.

Ia secara tidak langsung menghilangkan kebimbangan khususnya untuk wanita bujang yang tinggal berseorangan atau ibu tunggal dengan anak kecil.

PASTIKAN latar belakang kawasan kejiranan pilihan diteliti sebelum memutuskan untuk tinggal di sana.
PASTIKAN latar belakang kawasan kejiranan pilihan diteliti sebelum memutuskan untuk tinggal di sana.

Selain itu, ciri-ciri kejiranan yang baik juga sebenarnya perlu dekat dengan kemudahan.

Ada sebabnya kenapa kawasan perumahan yang berdekatan dengan kemudahan awam seperti sekolah, klinik, hospital, pengangkutan awam dan sebagainya mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Kemudahan yang ada pada sesebuah kejiranan itu mewujudkan nilai kemasyarakatan dan kualiti sesebuah kehidupan.

Komuniti yang direka bentuk dengan baik membolehkan akses mudah kepada semua jenis kemudahan yang disediakan di kawasan kejiranan.

KOMUNITI kejiranan yang baik turut membantu mewujudkan kawasan yang selamat untuk kanak-kanak dan wanita.
KOMUNITI kejiranan yang baik turut membantu mewujudkan kawasan yang selamat untuk kanak-kanak dan wanita.

Ini termasuk pasar raya, institusi perbankan, institusi pendidikan swasta, institut pengajian tinggi dan sebagainya.

Pastinya akan sentiasa ada permintaan untuk hartanah yang terletak berhampiran kemudahan berkenaan.

Sebagai contoh, kawasan yang popular dengan sekolah antarabangsa akan menjadi tumpuan golongan ekspatriat, manakala kawasan yang tidak jauh dari institusi pengajian tinggi lebih disukai pelajar tempatan dan antarabangsa.

Jadi, permintaan untuk hartanah di kawasan kejiranan yang serba lengkap tidak akan berkurang kerana orang ramai sentiasa mencari kawasan seperti itu untuk menetap.

PERBANDARAN moden yang disesuaikan dengan iklim sepanjang tahun menjadikan kediaman lebih selesa untuk didiami.
PERBANDARAN moden yang disesuaikan dengan iklim sepanjang tahun menjadikan kediaman lebih selesa untuk didiami.

Dalam pada itu, kawasan kejiranan yang baik juga haruslah mesra alam sekitar dan memiliki kawasan hijau untuk aktiviti penghuninya.

Banyak pemaju hartanah kini mula menumpukan kepada pembinaan kediaman yang mesra alam di Malaysia.

Landskap hijau dengan pepohon dan taman kecil boleh menambah banyak nilai dan karakter kepada kawasan kejiranan.

Ia juga dapat membantu penduduk mengamalkan gaya hidup dan aktiviti riadah yang lebih sihat.

KEJIRANAN yang baik juga haruslah mesra alam sekitar dan memiliki kawasan hijau untuk aktiviti penghuninya.
KEJIRANAN yang baik juga haruslah mesra alam sekitar dan memiliki kawasan hijau untuk aktiviti penghuninya.

Sementara itu, ciri-ciri kejiranan baik juga meliputi kawasan perbandaran yang dirancang dengan teliti dan memiliki sentuhan senibina yang sesuai dengan keperluan masyarakat hari ini.

Perbandaran moden yang disesuaikan dengan iklim sepanjang tahun menjadikan kediaman lebih selesa untuk didiami.

Apapun, rumah yang sempurna tidak semestinya mempunyai bilik tidur atau bilik air yang banyak ataupun mempunyai dapur luas.

Ia sepatutnya adalah tempat di mana anda dan keluarga dapat menjalani kehidupan dengan gembira dan harmoni.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2023 @ 6:20 AM