HONDA Vario 160 Edisi Repsol unit terhad untuk pasaran Malaysia.
HONDA Vario 160 Edisi Repsol unit terhad untuk pasaran Malaysia.
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Boon Siew Honda memperkenalkan model Honda Vario 160 Edisi Terhad dengan warna baharu Repsol untuk pasaran tempatan.

  Ia hanya ditawarkan sebanyak 2,000 unit di semua pengedar sah motosikal Honda di seluruh negara mulai esok dengan harga jualan asas RM10,498 (atas jalan tanpa cukai jalan dan insurans).

  Skuter ini dikuasakan dengan enjin 157cc, 4 injap dengan teknologi enhanced Smart Power (eSP+) dengan kuasa 15.3 kuasa kuda (hp)  pada 8,500rpm dan tork 13.8Nm pada 7,000 rpm.

   Honda Vario 160 Edisi Repsol  dengan transmisi CVT dan menggunakan enhances Smart Architecture Frame (eSAF) menjadikannya lebih lincah untuk tunggangan.

   Ia juga  didatangkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) roda hadapan, Sistem Kunci Pintar Honda, lampu LED dan pengecas USB.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2023 @ 11:25 AM