HONDA Vario 150 kini dengan corak warna baharu.
HONDA Vario 150 kini dengan corak warna baharu.
Lizam Ridzuan

 

 

SKUTER Honda Vario 150 kini tampil dengan ciri baharu yang diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan oleh pengedar utamanya Boon Siew Honda (BSH).

  Warna terkni terdiri daripada corak grafik heksagon serta warna Repsol tetap menjadi pilihan pembeli.

  Honda Vario 150 ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black, Sword Silver Metallic dan juga Edisi Repsol. 

   Ia dikuasakan dengan enjin 150cc silinder tunggal sejukan cecair dengan transmisi automatik menjana kuasa 13.1 PS pada 8,500rpm dan tork 13.4Nm pada 5,000 rpm.

  Ciri-ciri lain dengan dwi-lampu utama dan belakang LED, panel meter digital LCD, Sistem Kunci Pintar Honda dan Sistem Brek Combi (CBS).

  Untuk pasaran Malaysia Honda Vario 150 dijual pada harga RM7,499 dan RM7,699 (Edisi Repsol).

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2020 @ 5:15 PM