TUJUH koleksi kereta kawalan jauh Shell Motorsports.
TUJUH koleksi kereta kawalan jauh Shell Motorsports.
Lizam Ridzuan


SHELL V-Power Racing Team Ford Mustang GT dan Team Penske Indycar antara tujuh model kereta kawalan jauh Koleksi Shell Motorsports Edisi Terhad yang dilancarkan oleh Shell Malaysia.

Model lain ialah Ferrari SF90, BMW M4 Motorsport, Nissan Formula E Gen 2 Car, Hyundai i20 Coupe WRC dan Team Penske Ford Mustang GT.

Kereta kawalan jauh menggunakan Bluetooth ini boleh didapati di stesen minyak Shell bermula 8 Oktober sehingga 8 Disember ini dengan setiap minggu, satu kereta eksklusif ditawarkan.

Kereta ini atau bateri pintar boleh dibeli secara berasingan dengan setiap satu berharga RM30 menerusi pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit.

Ia juga ditawarkan menerusi pembelian minyak pelincir Shell Helix Lubricant 4 liter membolehkan pelanggan mendapatkan kereta lumba Ferrari SF90 dan set bateri pintar secara percuma.

Tambahan kepada itu, untuk melengkapi keseluruhan koleksi, kotak khas untuk menyimpan semua kereta kawalan jauh ini turut dijual pada harga RM80 dengan isian bahan api Shell V-Power Racing berjumlah RM80 dalam satu resit.

Pengurus Besar Mobility Shell Malaysia Seow Lee Ming berkata, setiap model dalam koleksi ini mewakili momen penting dalam sejarah sukan permotoran.

SEOW bersama replika Hyundai i20 WRC.
SEOW bersama replika Hyundai i20 WRC.

LITAR lumba direka khas.
LITAR lumba direka khas.

"Ketika perintis sukan permotoran mula mencipta nama, Shell sudah pun bersama mereka dan mempunyai sejarah tersendiri dalam arena sukan permotoran. Koleksi terbaharu ini meraikan antara kereta lumba terbaik yang banyak mencipta perubahan dalam dunia perlumbaan seperti kereta rali hibrid Hyundai i20 dan Team Penske's Indycar.

"Pelanggan adalah keutamaan dalam segenap aspek perniagaan kami. Setiap kali mereka berhenti di stesen minyak Shell, kami mahu menyediakan peluang untuk mereka mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

"Melalui koleksi terbaharu ini, kami harap pelanggan dapat menikmati keseronokan bermain dan berlumba bersama orang tersayang, di mana-mana sahaja," katanya.

Bagi meraikan pelancaran koleksi kereta kawalan jauh ini, Shell bakal menganjurkan acara khas di KL Sentral mulai 17 hingga 23 Oktober dan di Mid Valley Megamall mulai 26 hingga 30 Oktober.

Ia menawarkan pengalaman eksklusif kepada orang ramai untuk mencuba kesemua tujuh model kereta lumba di litar lumba yang direka khas untuk menampilkan suasana atau persekitaran ketika model kereta ini meraih kemenangan mereka.

Selain itu, turut dipamerkan replika Hyundai i20 WRC yang memenangi Kejohanan Rali Dunia (WRC) di Greece baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2022 @ 6:45 AM