Lee Ming menunjukkan koleksi Star Wars Racers.
Lee Ming menunjukkan koleksi Star Wars Racers.
Lizam Ridzuan


Petaling Jaya: Shell Malaysia memperkenalkan koleksi kereta kawalan jauh eksklusif menerusi kerjasama dengan The Walt Disney Company Southeast Asia.

Pengurus Besar Mobiliti Malaysia Shell, Seow Lee Ming berkata, ia adalah kerjasama pertama di dunia yang diinspirasikan daripada beberapa watak Star Wars dan menggabungkan inovasi Shell V-Power bagi mencipta koleksi Star Wars Racers.

"Setahun lalu kami memperkenalkan koleksi Motorsport dan sememangnya edisi terhad tahunan yang kami tawarkan menerima sambutan menggalakkan.

"Edisi kali ini juga dalam bentuk kereta kawalan jauh dan versi digital di Shell Racing App yang disertakan kawalan Bluetooth serta bateri pintar untuk pengalaman perlumbaan unik bertemakan pengembaraan antara galaksi yang mendebarkan," katanya.

Bermula esok sehingga 19 November, satu model kereta kawalan jauh akan dikeluarkan setiap minggu di stesen minyak Shell di seluruh negara.

Ia terdiri daripada enam koleksi edisi terhad iaitu Darth Vader Racer, Stormtrooper Racer, Darth Maul Racer, The Mandalorian Racer, Boba Fett Racer dan BB-8 Racer.

Star Wars Racers kecuali Darth Vader boleh didapati pada harga RM49.90 dengan pembelian bahan api minimun RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, V-Power 97 atau Power Racing.

Darth Vader Racer hanya boleh didapati secara percuma dengan pembelian Shell Helix Ultra/Power 4L di stesen Minyak Shell.

Bateri Bluetooth dijual pada harga RM30 dan peti koleksi boleh didapati pada harga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power Racing dalam satu resit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2023 @ 3:52 PM