PILIH RON bahan api yang sesuai.
PILIH RON bahan api yang sesuai.
Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM


Saya mempunyai kereta yang diimport dari United Kingdom. Pengeluar kereta itu mencadangkan menggunakan minyak RON98. Namun seperti yang sedia maklum, RON98 tidak dijual di negara ini.

Apakah alternatif yang saya ada selain daripada menggunakan RON97? Adakah Octane Booster dan Shell V-Power Racing juga berkesan?

SYAM, Kuala Lumpur

Penarafan oktana adalah ukuran standard prestasi enjin atau bahan api. Lebih tinggi oktana bermakna bahan api itu mampu bertahan mampatan yang lebih tinggi.

Secara amnya, bahan api dengan kadar oktana yang tinggi digunakan enjin berprestasi tinggi.

Sebaliknya, bahan api dengan oktana yang rendah bersesuaian untuk enjin diesel. Penggunaan petrol dengan nombor oktana rendah boleh membawa kepada masalah dalam kebuk pembakaran apabila meletus secara prapembakaran.

Shell V-Power sesuai untuk kereta minimum RON97 termasuk kereta mampatan tinggi seperti kereta super dan sesetengah model motosikal moden.

Maka bahan api itu sesuai untuk kereta anda. Jika anda menggunakan RON95, ada kemungkinan kereta akan mengalami ‘ketukan’ tetapi ia bergantung pada keadaan semasa seperti suhu enjin, reka bentuk kebuk pembakaran dan sebagainya.

Bahan campuran peningkat oktana (Oktane Booster) mungkin membantu. Bahan tambahan itu cuma terasa keberkesanannya sekiranya anda tidak menggunakan bahan api oktana yang diperlukan.

Bagaimanapun, jika enjin tidak mengalami ketukan dengan penggunaan RON95, anda mungkin mengalami kehilangan kuasa dan menyebabkan menggunakan lebih banyak bahan api serta merugikan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 5:00 AM