Nikmati ekstra ganjaran setiap hari apabila anda singgah di Shell.
Nikmati ekstra ganjaran setiap hari apabila anda singgah di Shell.

NORMA baharu terus menyaksikan peralihan sikap pengguna yang lebih bijak dalam berbelanja. Apa yang pasti, tawaran dan ganjaran menarik sudah tentu menjadi pilihan ramai.

Menyedari hakikat itu, rata-rata syarikat mula memperbaharui strategi dan model perniagaan untuk memenuhi keperluan semasa pengguna.

Terkenal dengan produk dan perkhidmatan yang mengagumkan, Shell memberi nafas baharu untuk program kesetiaan mereka bagi menghargai pelanggan setia.

Shell menawarkan lebih nilai kepada pelanggan melalui kempen Ekstra Ganjaran Setiap Hari dengan empat kali mata ganjaran BonusLink!

Empat kali mata ganjaran

Image

Bermula 16 November 2020 sehingga 31 Julai 2021, pelanggan berpeluang menikmati lebih mata ganjaran BonusLink dengan hanya mengisi minyak di Shell.

Menariknya, mata ganjaran itu boleh dikumpul secara berganda mengikut setiap peringkat transaksi yang layak sehingga empat kali.

Ini bermakna, lebih kerap anda mengisi minyak di Shell, lebih banyak mata ganjaran BonusLink dapat dikumpul.

Walau bagaimanapun, setiap peringkat mata ganjaran akan diatur semula ke peringkat satu pada hari pertama setiap bulan. 

Mata ganjaran diberi mengikut setiap transaksi layak bermula peringkat satu sehingga keempat - FOTO Shell

Untuk menikmati tawaran hebat ini, pelanggan perlu berbelanja minimum RM50 untuk Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing dalam satu resit.

Pastikan anda menggunakan kad BonusLink atau aplikasi BonusLink sewaktu membuat transaksi isian minyak di stesen Shell.

Pelanggan boleh mendaftar kad BonusLink di mana-mana stesen Shell seluruh negara atau muat turun aplikasi BonusLink di App Store atau Google Play Store.

Ekstra jimat setiap hari!

Image

Seiring tawaran hebat ini, pelanggan Shell berpeluang menebus mata ganjaran terkumpul dengan pelbagai pilihan barangan popular di kedai Shell SELECT, bermula 100 mata ganjaran.

Ini termasuklah minuman tin Yeo's 300ml, Garam Himalaya (15g), Shell SELECT Keropok Ikan (Original/Spicy) dan banyak lagi!

Coca-Cola Klasik (320ml) – 150 mata ganjaran

Himalaya Salt (15g) – 150 mata ganjaran

Shell SELECT Keropok Ikan (Original/Spicy) – 200 mata ganjaran

Nescafe Tarik (240ml) – 200 mata ganjaran

Minuman Tin Yeo's (300ml): Soya Bean, Chrysanthemum Tea, Grass Jelly – 100 mata ganjaran

Tambahan lagi, anda juga boleh menebus mata ganjaran untuk pembelian bahan api di Shell.

Tidak kira apa jua situasi, Shell sentiasa menawarkan sesuatu yang ekstra untuk setiap perjalanan anda.

Jangan lepaskan peluang mengunjungi stesen Shell berhampiran dan nikmati Ekstra Ganjaran Setiap Hari!

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my/EkstraSetiapHari. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 2:26 PM