Rakyat Malaysia menyambut baik kebenaran bazar Ramadan untuk dibuka semula tahun ini. - Gambar hiasan
Rakyat Malaysia menyambut baik kebenaran bazar Ramadan untuk dibuka semula tahun ini. - Gambar hiasan
Muhamad Shaifullah Tayep

Kuala Lumpur: Ramadan tahun ini terasa sedikit berbeza apabila ramai antara kita sudah mula bekerja dari pejabat berbanding tahun lalu.

Kebenaran untuk rakyat Malaysia mengecapi nikmat Ramadan sebenar seperti mengunjung bazar dan menunaikan solat sunat tarawih mengikut prosedur operasi standard (SOP) juga diberikan oleh kerajaan selepas pandemik Covid-19 mula menunjukkan perubahan baik.

Tinjauan Harian Metro di ibu negara mendapati rakyat Malaysia meluahkan rasa syukur dan teruja kerana dapat menyambut Ramadan seperti tahun sebelum ini.

Nor Hatina Shuib, 37, menyifatkan Ramadan kali ini sedikit berbeza kerana jadual hariannya berubah selepas mula menjadi suri rumah.

Selepas berhenti kerja, beliau mempunyai lebih banyak masa menjalankan tugas sebagai suri rumah seperti membeli barang dapur, mencari resipi untuk sebulan puasa dan sebagainya.

"Untuk juadah berbuka dan sahur, insyaAllah akan masak sendiri sebab anak pun dah sekolah.

"Juadah lengkap dan berkhasiat penting untuk mereka supaya kekal bertenaga ketika bersekolah," katanya.

Nor Hatina Shuib

Ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi, Ramadan kali ini boleh dimanfaatkan dalam pelbagai cara seperti memfokuskan urusan keluarga dan ibadah harian.

"Ramadan kali ini membuka peluang saya untuk memasak buat keluarga di samping beribadah dan menambah ilmu.

"Dulu saya sibuk bekerja, jadi kali ini dapatlah solat berjemaah bersama dan bagi anak-anak rasa air tangan ibu," katanya.

Ku Nurul Husna (kanan) bersama keluarga.

Bagi Ku Nurul Husna Ku Mohd Nasir pula, tahun lalu mudah bagi beliau menguruskan keluarga ditambah seorang anak kerana hanya bekerja dari rumah dan mempunyai fleksibiliti masa.

Namun, tahun ini beliau perlu membuat persediaan lebih awal sama ada sehari atau malam sebelum untuk pilihan menu berbuka dan penyediaan bahan memasak.

"Bahan-bahan memasak seperti bawang dan cili kisar siap-siap. Bahan mentah beku perlu diletakkan di bahagian bawah peti ais supaya tidak mengambil masa yang lama untuk dicairkan selepas balik dari tempat kerja," katanya.

Nur Hannie Jais (kiri) bersama keluarga.

Nur Hannie Jais pula berkongsi barang keperluan memasak hanya dibeli ketika hujung minggu kerana kesuntukan masa selepas pulang dari kerja.

"Tahun lepas kerja dari rumah pukul 4.30 petang tak perlu hadap kesesakan nak balik rumah, tutup komputer dan boleh terus bersilat di dapur. Barang dapur nak beli hari-hari pun tak ada masalah.

"Tahun ini, tengok jam kalau sempat barulah masak kalau tidak masak hujung minggu atau bila keadaan memaksa seperti juadah berbuka di bazar tak kena dengan selera," katanya.

Bagi membantu ibu bapa membuat persediaan ketika bulan Ramadan, Shell buat pertama kalinya menawarkan pelbagai rangkaian barang keperluan harian berkualiti pada harga berpatutan di Shell SELECT.

Image

Pelbagai pilihan barang dapur daripada pelbagai jenama boleh didapati seperti tepung, bawang, cili, kentang, minyak masak, gula, biskut, mi segera dan banyak lagi.

Selepas pulang dari kerja, anda kini boleh singgah di Shell SELECT untuk membeli bahan untuk menyediakan juadah berbuka di semua stesen Shell seluruh negara.

Kemudahan surau, tandas dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Shell SELECT juga memberikan kemudahan dan keselesaan untuk anda berbelanja.

Selain itu, anda juga boleh menikmati penjimatan tambahan pada hari Rabu sempena promosi WOW Wednesday.

Image

Setiap isian petrol (Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing)*, minimum RM30 sehingga 26 Mei melayakkan anda membeli roti sandwic Mighty White pada harga RM1.50 atau satu pek roti Gardenia Original Classis serendah RM1.

Singgah stesen minyak Shell berhampiran anda hari ini untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan dan menikmati promosi WOW Wednesday di Shell SELECT.

Layari www.shell.com.my untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Mei 2021 @ 2:13 PM