REMAJA orang Asli yang maut akibat dipijak gajah di Pos Senderut, Lipis. FOTO Ihsan PDRM.
REMAJA orang Asli yang maut akibat dipijak gajah di Pos Senderut, Lipis. FOTO Ihsan PDRM.
Roselan Ab Malek


Lipis: Seorang anak orang Asli lelaki berusia 15 tahun maut akibat dipijak gajah liar di Kampung Tual, Pos Senderut dekat sini pada kira kira jam 10 pagi hari ini.

Mangsa Andy Yok Manin, 15 diserang gajah berkenaan ketika berada di dalam kebun durian bersama ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, serangan gajah itu dipercayai bermula dari Kampung Regang yang kemudiannya dihalau oleh orang kampung lalu menghala ke kawasan kebun durian di mana mangsa berada.

"Siasatan awal mendapati seorang lelaki asli meninggal dunia yang dipercayai punca kematian akibat diserang oleh gajah liar

"Anggota Balai Polis Sungai Koyan bawa si mati ke unit forensik hospital Kuala Lipis untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian," katanya

Sebelum ini kejadian yang sama turut berlaku di Kampung Simoi yang juga membabitkan kematian seorang wanita orang Asli akibat dipijak gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau pada 7 Disember tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2023 @ 9:00 PM