GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

Johannesburg: Seekor gajah memijak mati seorang individu dipercayai pemburu haram sehingga hancur di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

Jasad manusia yang tinggal cebisan itu ditemukan 21 Oktober lalu ketika operasi perisikan mencegah pemburu haram dilakukan pihak berkuasa.

Jurucakap Taman Negara Kruger, Isaac Phaahla berkata, seekor gajah memijak seorang pemburu hingga maut sementara yang lain melarikan diri.

"Siasatan awal dipercayai mangsa dibunuh oleh gajah dan ditinggalkan oleh rakan pemburu yang lain," katanya.

Bagaimanapun, gajah itu tidak merosakkan telefon bimbit dipercayai milik pemburu itu dan ditemui penjaga hutan sebelum diserahkan kepada polis untuk membantu mengesan rakan pemburu yang lain.

Tahun lalu, kawanan singa membunuh seorang lelaki yang melakukan pemburuan haram di Kruger.

Rakan mangsa dilaporkan menghubungi talian kecemasan darurat untuk melaporkan mengenai kehilangan mangsa.

Kawanan singa itu hanya meninggalkan kepala lelaki itu yang ditemui tiga hari kemudian, kata Phaahla.

Kruger sering dijadikan sasaran pemburu haram terutama badak.

Taman negara itu melaporkan populasi badak turun 70 peratus selama satu dekad di bawah 4,000 ekor.

Bagaimanapun, sejak dua tahun lalu, Taman Negara Kruger berjaya mengekang masalah pemburu haram hasil teknologi baru dan peningkatan penguatkuasaan yang membantu menangkap pemburu sebelum mereka membunuh haiwan di taman negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 6:30 AM