Suraya Roslan

 

Kuala Lumpur: Angka kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan hari ini iaitu 9,380 kes berbanding 8,817 kes semalam.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,303,837 kes.

Katanya, empat negeri yang merekodkan kes empat angka ialah Sarawak (1,503) diikuti Kelantan (1,170), Selangor (1,116), dan Johor (1,105).

"Sabah merekodkan 790 kes baharu diikuti Terengganu 704 kes, Perak (629), Pulau Pinang (623) dan Kedah (556).

"Selain itu, sebanyak 511 kes direkodkan di Pahang, Kuala Lumpur (214) dan Negeri Sembilan (191)," katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata, negeri yang mencatatkan kes baharu dua angka ialah Perlis (42) diikuti Putrajaya (18) dan Labuan lapan kes.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Oktober 2021 @ 2:44 PM