Suraya Roslan

 

Kuala Lumpur: Angka kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 8,817 kes berbanding 8,075 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,294,457 kes.

Sarawak, Selangor dan Kelantan mencatatkan kes empat angka iaitu masing-masing 1,361, 1,348 dan 1,063 kes manakala negeri lain merekodkan tiga angka.

"Johor merekodkan 886 kes diikuti Sabah 805 kes, Pahang (696), Pulau Pinang (595), Kedah (576), dan Perak 473 kes.

"Selain itu, sebanyak 356 kes direkodkan di Terengganu, Melaka (246), Kuala Lumpur (217) dan Negeri Sembilan (122)," katanya menerusi Twitter.

Negeri yang mencatatkan kes baharu dua angka ialah Perlis dengan 47 kes diikuti Putrajaya (23) dan Labuan tiga kes.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Oktober 2021 @ 2:58 PM