Yusmizal Dollah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kes baharu positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 15,573 kes hari ini berbanding 13,034 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan menerusi akaun Twitter berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara setakat ini adalah 980,491 kes.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 7,672 kes.

Kuala Lumpur pula merekodkan 2,063 kes, Johor (722), Sabah (516), Sarawak (461) dan Negeri Sembilan (682).

Pulau Pinang mencatatkan 530 kes, Kelantan (372), Kedah (937), Perak (415), Melaka (452), Pahang (457), Terengganu (229), Wilayah Persekutuan Labuan (21), Wilayah Persekutuan Putrajaya (41) dan Perlis (3).

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Julai 2021 @ 4:27 PM