Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Angka kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini menurun sedikit kepada 19,550 kes berbanding 21,176 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rekod terbaharu itu menjadikan kumulatif kes keseluruhan di Malaysia setakat ini mencecah 1,960,500 kes.

Katanya, Sarawak menjadi negeri paling banyak mencatatkan kes dengan 3,743 kes diikuti Selangor (2,416), Johor (2,282) serta Sabah (2,163) kes.

"Pulau Pinang mencatatkan 1,865 kes, Kedah (1,390), Perak (1,354) manakala Kelantan (1,320) kes.

"Di Terengganu jumlah kes direkodkan ialah 953 diikuti Pahang (722), Kuala Lumpur (555) serta Melaka (490) kes," katanya dalam ciapan di Twitter.

Beliau berkata, Negeri Sembilan merekodksn 198 kes, Perlis (73), Putrajaya (24) manakala Labuan (2) kes.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 September 2021 @ 3:59 PM