Muhaamad Hafis Nawawi dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Jejambat projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak, di sini, runtuh selepas sebuah lori membawa jengkaut melanggar binaan terbabit, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, akibat kemalangan itu, runtuhan binaan jatuh ke atas sebuah van kilang yang datang dari arah pusat bandar yang dinaiki antara empat atau lima orang.

"Setakat ini, status mangsa belum diketahui.

"Pihak bomba sedang dalam proses mengangkat bahan binaan yang runtuh itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Portal berita Harian Metro melaporkan, lima orang terperangkap selepas van kilang dinaiki dihempap runtuhan jejambat sebuah projek lebuh raya di Desa Tun Razak hari ini.

ORANG ramai menyaksikan operasi menyelamat van kilang dihempap runtuhan jejambat. FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM
ORANG ramai menyaksikan operasi menyelamat van kilang dihempap runtuhan jejambat. FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 5.58 petang seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Berita berkaitan

'Lima terperangkap dalam van kilang dihempap runtuhan'

'Van kilang dihempap jejambat lebuh raya runtuh'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 8:08 PM