SUSPEK, Jettendraj Balu yang dicari polis bagi membantu siasatan.
SUSPEK, Jettendraj Balu yang dicari polis bagi membantu siasatan.
NIK Ezanee (kanan) meminta bantuan orang ramai mengesan suspek.
NIK Ezanee (kanan) meminta bantuan orang ramai mengesan suspek.
Muhaamad Hafis Nawawi


KANAK-KANAK lelaki maut dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman mereka di Petaling Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan pada 11.44 malam menyatakan mangsa tidak sedarkan diri di rumah selepas ibunya menghubungi pihak polis.

Menurutnya, mangsa dibawa ke hospital dan hasil maklumat awal pakar perubatan terdapat kesan kecederaan di belakang kepala dipercayai akibat hentakan.

"Difahamkan sebelum kejadian ibu mangsa ada bertengkar dengan suspek berusia 26 tahun sebelum wanita itu keluar rumah untuk membeli makanan.

"Bagaimanapun ketika pulang dia mendapati suspek sudah tiada dan menemui anaknya tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Nik Ezanee berkata, sehubungan itu polis mengesan suspek, Jettendraj Balu yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dengan membawa kereta Perodua Bezza warna biru dengan nombor pendaftaran VCT 4194.

"Sesiapa yang ada maklumat atau suspek sendiri diminta hadir ke balai polis untuk membantu siasatan.

"Kita sedang menunggu hasil bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 12:30 PM