Lelaki warga asing berusia 30 tahun ditahan polis selepas membunuh rakan senegara di sebuah pusat jagaan orang tua di Petaling Jaya. FOTO Ihsan PDRM
Lelaki warga asing berusia 30 tahun ditahan polis selepas membunuh rakan senegara di sebuah pusat jagaan orang tua di Petaling Jaya. FOTO Ihsan PDRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Seorang lelaki warga asing ditahan ketika masih memegang tukul besi dalam kejadian bunuh di sebuah pusat jagaan orang tua di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, lelaki warga asing berusia 29 maut selepas diserang rakan senegaranya, 30, dengan sebatang tukul besi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis yang menerima maklumat tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan menahan suspek.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal dan bekerja di pusat jagaan itu, manakala suspek baharu sebulan tinggal di situ.

"Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

"Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan bedah siasat akan dilakukan esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2020 @ 7:29 PM