JENTOLAK digunakan untuk membersihkan ikan dari atas jalan.
JENTOLAK digunakan untuk membersihkan ikan dari atas jalan.
SEMUA tong berisi ikan bertaburan atas jalan.
SEMUA tong berisi ikan bertaburan atas jalan.
Faris Fuad dan Fazrik Kamarudin


Kuala Lumpur: Terpaksa menggunakan jentolak untuk ‘mengalihkan’ ikan yang bertaburan di atas jalan.

Situasi itu dapat dilihat selepas sebuah lori muatan ikan terbabas melanggar pokok di kanan jalan ketika dalam perjalanan dari Pasar Borong Selayang ke Mahkota Cheras di sini, jam 5.45 pagi semalam.

Kemalangan itu menyebabkan tong berisi ikan dibawa lori berkenaan bertaburan di atas jalan, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa hingga jam 9 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemandu lori Isuzu berwarna putih itu hanya cedera ringan.

Katanya, mangsa yang juga warga tempatan berusia 71 tahun sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur berhubung kejadian.

“Kawasan itu mempunyai tiga lorong dan berlampu.

“Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Jun 2018 @ 6:40 AM