Khir akui ada yang bekerja menggunakan pas lawatan sosial dan Zed (kiri) kata hanya 10 peratus berdaftar ahli Seniman. FOTO fail HM
Khir akui ada yang bekerja menggunakan pas lawatan sosial dan Zed (kiri) kata hanya 10 peratus berdaftar ahli Seniman. FOTO fail HM
Sudirman Mohd Tahir


AGENSI Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Pesembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) mendedahkan terdapat beberapa lagi artis luar negara iaitu pelakon dan penyanyi popular yang bekerja di negara ini tidak memiliki permit.

Jawatankuasa Puspal (JK-Puspal), Khir Mohd Nor berkata mereka kini dalam pemerhatian dan pihaknya sedang menunggu hasil siasatan sebelum menyerahkan perkara itu kepada jabatan imegresen bagi tindakan lanjut.

“€œPerkara mengenai artis luar negara bekerja tanpa permit baru saja dibangkitkan dalam mesyuarat hari ini. Kebetulan pula semalam dilaporkan pelakon Nadiyah Shahab yang berasal dari Singapura dihalang dari masuk ke negara ini kerana tidak memiliki permit.

“€œMacam sekarang, Puspal sedang mengumpul laporan daripada pihak rumah produksi tempatan dan beberapa pihak lain. Selepas itu, baru boleh ambil tindakan lanjut.

“€œApa yang berlaku sekarang, mereka bekerja menggunakan pasport lawatan sosial. Perkara ini menyalahi undang-undang negara. Pendek kata, mereka ibarat pekerja asing,”€ katanya kepada Harian Metro.

Khir yang juga Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), turut melahirkan kekesalan apabila mereka bebas bekerja tanpa membayar sebarang cukai.

“€œKalau artis tempatan, semua kena cukai. Namun, mereka yang tidak memiliki permit bebas dan terlepas begitu saja. Jadi tidak adil untuk orang lain.

“€œSaya bukan nak kata sem artis lur, tetapi segelintir daripada mereka. Dalam masa sama, pihak mengambil mereka bekerja iaitu penganjur persembahan atau penerbit perlu lebih peka,”€ katanya.

Khir menjelaskan, setiap projek dibuat artis luar perlu memiliki permit berbeza dan tidak boleh menggunakan satu permit sahaja.

“€œAda juga degil yang mana mereka gunakan satu permit saja untuk buat semua projek. Sedangkan ia salah.

“€œKalau mereka menyanyi, mengacara dan jadi juri, permohonan permit perlu melalui Puspal. Namun, jika datang untuk berlakon, mereka perlu membuat permohonan Permit Filem Asing (PFA) di bawah kelolaan FINAS.

“Bagi produksi luar negara menjalani penggambaran di sini dan produk di bawah pulang ke negara mereka, permohonan permit juga perlu dibuat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi mengakui hanya 10 peratus sahaja artis luar negara berdaftar sebagai ahli Seniman.

“Dahulu saya bangkitkan isu ini, orang tidak percaya. Sekarang, masyarakat dan pihak berwajib perlu buka mata.

“Bukan saja permit tetapi artis bekerja di sini juga perlu jadi ahli Seniman. Saya tahu ada yang belum jadi ahli meskipun sudah bertahun kerja di Malaysia,” katanya.

Semalam akhbar ini melaporkan pelakon kelahiran Singapura, Nadiyah Shahab ditahan dari memasuki Malaysia melalui imigresen Johor kerana didapati tidak memiliki permit bekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 April 2018 @ 10:03 PM