Nadiyah tak dapat masuk Malaysia kerana tiada permit kerja. FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
Nadiyah tak dapat masuk Malaysia kerana tiada permit kerja. FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT
Najiy Jefri


PELAKON, Nadiyah Shahab terkejut apabila dilarang memasuki Malaysia kerana tidak memiliki permit bekerja.

Nadiyah berkata, dia ditahan di pusat pemeriksaan imigresen Johor, malam tadi sejurus tiba dari Singapura.

“€œKetika saya melalui pemeriksaan imigresen, saya ditahan pegawai yang mengenali saya sebagai pelakon.

“€œMeskipun tujuan saya ke Malaysia bukan atas urusan kerja, tapi pihak imigresen meminta saya menunjukkan permit bekerja,”€ katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nadiyah yang juga pelakon Kelip Kelip Kota London, dia terpaksa berpatah semula dan membiarkan tunangnya, Ben Ali pulang sendiri.

Pada masa sama, Nadiyah kini masih menunggu permit untuk meneruskan penggambaran di sini (Malaysia).

“Saya perlu berurusan dengan pihak produksi yang menawarkan saya berlakon dengan sekurangnya-kurangnya bekerja selama enam bulan untuk mendapatkan permit ini.

“Saya akan selesaikan permohonan permit itu secepat mungkin bagi memudahkan urusan kerja dan ulang alik ke Malaysia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 April 2018 @ 8:04 PM