GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Bernama-Xinhua

Quito, Ecuador: Lima anggota tentera dan tiga orang awam terbunuh dalam nahas helikopter tentera Ecuador yang terhempas pada Jumaat, menurut angkatan tentera, lapor Xinhua.

Helikopter Mi-171E yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk yang terjejas akibat banjir, terhempas pada jam 9.36 pagi (1436 GMT) di Daerah Tiwino, Wilayah Pastaza, kata tentera Ecuador dalam satu kenyataan.

"Tentera Ecuador telah mengarahkan penubuhan segera Jawatankuasa Siasatan Kemalangan untuk memastikan punca insiden malang itu," katanya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mejar Andres Sierra, juruterbang pesawat, Leftenan Jaime Cordones, pembantu juruterbang, Sarjan Leonardo Gutierrez, jurutera penerbangan, dan Koperal Cristian Morales dan Edgar Montesdeoca, iaitu kru mekanik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 7:52 AM