Nur Amirah Abd Rani

Sebagai salah sebuah negara yang paling rajin bekerja di dunia, Malaysia mencatatkan 85 peratus individu mengalami sakit badan1 sama ada sakit belakang, pinggul, leher, bahu atau sebarang sakit sendi yang lain.

Menerusi satu laporan, sakit badan boleh disebabkan oleh banyak faktor, termasuk pilihan gaya hidup, tabiat peribadi, postur yang salah, tekanan atau kecederaan.

Sakit badan yang berterusan boleh menjejaskan kualiti hidup dan kerja seseorang secara negatif sekiranya tidak dirawat.

Terdapat pelbagai petua dan kaedah rawatan tersedia untuk menguruskan serta mengurangkan masalah sakit badan.

Menurut Pakar Perunding Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Gopinathan Raju, mengamalkan gaya hidup tidak aktif adalah antara punca utama rakyat Malaysia mengalami sakit-sakit badan.

Individu yang bekerja di pejabat cenderung untuk mengambil postur duduk yang salah, menggunakan perabot tidak mesra ergonomik yang boleh menyebabkan kekejangan otot dan sakit belakang.2

Selain itu, duduk lama, berdiri atau tidur dengan postur yang salah juga boleh menyebabkan otot dan sendi menjadi kaku.

Ini boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan sakit badan terutamanya di bahagian leher, bahu dan belakang.3

Pergerakan secara mengejut seperti mengangkat objek berat tanpa teknik yang betul atau pergerakan tersentak yang menegangkan otot juga boleh menjadi salah satu faktor yang membawa kepada sakit badan.

Oleh itu, orang ramai harus mengambil berat tentang postur mereka dan mengamalkan teknik yang betul semasa mengangkat objek berat dan aktiviti kehidupan seharian.

Rawatan sakit badan

Kebanyakan rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sibuk dan cenderung untuk mengabaikan kesakitan mereka.

Rawatan awal adalah mengenal pasti punca kesakitan dan tidak memberi tekanan pada kawasan yang sakit untuk mengelakkan kesakitan menjadi lebih teruk.

Amat penting bagi individu untuk mengambil langkah proaktif dalam menguruskan kesakitan mereka dengan mendapatkan rehat yang mencukupi dan menggunakan ubat-ubatan yang diperlukan.

Menurut kajian, topikal analgesik dilihat sebagai alternatif yang baik bagi merawat masalah sakit badan malahan topikal analgesik jenis tampalan pula menjadi pilihan dua paling digemari dalam pasaran hari ini.4

Ini kerana kaedah tampalan terutamanya mudah digunakan untuk sebarang jenis sakit badan contohnya sakit sendi, sakit leher, sakit belakang dan lain-lain.

Seseorang juga boleh memilih untuk menggunakan tampalan dengan sensasi panas atau sejuk untuk merawat kesakitan.

Topikal tampalan menawarkan kelegaan yang cepat dan sementara serta membantu meningkatkan peredaran darah ke kawasan itu.

Namun, perlu diingatkan bahawa tampalan panas tidak boleh digunakan untuk 48 jam pertama selepas berlaku kecederaan.5

Bagi tampalan sejuk, ia sering digunakan untuk kesakitan akut, atau kecederaan yang memerlukan pengurangan bengkak dan keradangan.

Oleh itu, pengguna disarankan untuk membaca dan mengikuti arahan yang diberikan bersama tampalan untuk penggunaan yang selamat dan berkesan.

Walau bagaimanapun, sekiranya kesakitan bertambah atau berterusan, sila rujuk pengamal penjagaan kesihatan terdekat anda.


Rujukan:

  1. GSK Global Pain Index 4th Edition 2020. Malaysia Report. May 2020.
  2. Frontiers in Public Health. 9 April 2019.
  3. Pain Attitudes International Navigator. May 2021
  4. The Health Hub. Panadol Patches, Malaysia report. November 2020.
  5. Mechanisms and efficacy of heat and cold therapies for musculoskeletal injury. National Library of Medicine. 15 December 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2024 @ 2:02 PM