SAIFUDDIN ketika sidang media di Pameran DSA dan NATSEC. FOTO Aswadi Alias
SAIFUDDIN ketika sidang media di Pameran DSA dan NATSEC. FOTO Aswadi Alias
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Amerika Syarikat (AS) menghargai komitmen negara dalam membanteras aktiviti penggubahan wang haram bagi membiayai kegiatan keganasan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penghargaan itu dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi keganasan dan risikan kewangan, Brian Nelson semasa pertemuan mereka di Putrajaya hari ini.

"Dalam perjumpaan berkenaan saya turut mengambil peluang memaklumkan mereka (wakil AS) mengenai perspektif negara mengenai perkara berkenaan termasuk dari segi politik, perundangan, penguatkuasaan serta kerjasama serantau.

"Saya juga berkongsi pelan strategik lima tahun Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangani perkara berkaitankeganasan dan mereka mengambil maklum mengenai perkara itu," katanya pada sidang media Majlis Penghargaan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024dan Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2024 di sini hari ini.

Menurutnya, delegasi AS berkenaan turut menyatakan kebimbangan mengenai kegiatan beberapa pertubuhan di Malaysia namun beliau menjelaskan bahawa pertubuhan terbabit sudah dikenakan tindakan.

Katanya, beliau menegaskan bahawa Malaysia mempunyai undang-undang yang kukuh bagi membanteras sebarang aktiviti keganasan selain terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak atau negara yang berkepentingan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2024 @ 6:21 PM