Hanis Aliaa Hidzir

KETERUJAAN Syawal kian terasa dan bakal disambut meriah dan penuh rasa kesyukuran bagi meraikan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadan.

Persiapan menyambut Aidilfitri juga lebih bermakna dan bakal mengingatkan kenangan indah ketika musim perayaan sewaktu kecil termasuk bermain bunga api, suasana memasak di malam raya serta kemeriahan saudara-mara berhimpun di kampung.

Sempena Syawal tahun ini, Watsons kembali dengan filem pendek kreatif yang akan mengimbau kembali kenangan raya bersama adik-beradik sewaktu membesar.

Rahsia Gaya Raya

Menampilkan pasangan adik-beradik Ayda dan Fyna Jebat, filem pendek, Rahsia Gaya Raya mengisahkan tentang dua beradik yang sentiasa bersaing sepanjang mereka membesar.

Sejak kecil, dua beradik ini akan bersaing untuk menyelesaikan kes misteri bagi memenangi hati ibu mereka, Mak Bling Bling.

Tahun ini juga tiada beza, apabila mereka perlu menyelesaikan kes misteri kehilangan rantai Mak Bling Bling.

Turut melengkapkan Rahsia Gaya Raya mereka sekeluarga sepanjang video ialah barang kemas dari Poh Kong. 

Promosi hebat sempena Aidilfitri

Sempena Syawal nanti, Watsons turut tampil dengan promosi hebat buat pelanggannya iaitu potongan sehingga 50 peratus sepanjang bulan ini.

Pelanggan juga boleh menikmati rebat segera sebanyak RM5 untuk perbelanjaan minimum RM100 dan rebat segera RM20 untuk pembelian RM200.

Promosi rebat segera ini tersedia secara fizikal serta dalam talian dan sah sehingga 11 April ini.

Ahli Watsons berpeluang menang hadiah bernilai RM5.8 juta!

Lebih menarik, ahli Watsons turut berpeluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM5.8 juta.

Berikut langkah mudah untuk peluang merebut hadiah lumayan ini:

  1. Daftarkan kad keahlian Watsons melalui laman sesawang rasmi Watsons atau aplikasi Watsons MY dengan nombor telefon dan alamat e-mel yang sah.
  2. Berbelanja di mana-mana kedai fizikal Watsons, aplikasi WatsonsMY, atau laman sesawang Watsons minimum RM80 menggunakan kad Visa.
  3. Simpan resit pembelian dan hantarkan penyertaan di sini.

Pelanggan yang membeli-belah secara fizikal layak mendapat satu penyertaan, manakala mereka yang berbelanja secara dalam talian layak mendapat dua penyertaan untuk setiap pembelian.

Berikut hadiah yang bakal dimenangi peserta:

Hadiah Utama

  • Perodua Myvi 1.3G CVT
  • Perodua Bezza 1.0GX / AQ 1GZ2

Hadiah Tempat Pertama

  • Barang kemas Poh Kong Diamond & Gems dan baucar D&G bernilai RM500
  • Barang kemas Poh Kong Anggun/Tranz dan baucar bernilai RM200
  • Baucar Poh Kong bernilai RM500

Hadiah Saguhati

  • e-baucar Watsons bernilai RM1,000
  • e-baucar Watsons bernilai RM500
  • e-baucar Watsons bernilai RM200

Resit dengan perbelanjaan minimum RM88

  • Baucar Watsons bernilai RM8 dengan perbelanjaan minimum RM80
  • Baucar dalam talian bernilai RM18 dengan perbelanjaan minimum RM150

Selain itu, ahli Watsons yang membuat pembelian minimum RM80 akan mendapat percuma paket raya, sementara ahli elit yang berbelanja RM288 ke atas pula akan menerima hadiah istimewa eksklusif daripada Watsons.

Lebih penjimatan untuk produk kesihatan dan kecantikan

*Tertakluk pada terma dan syarat

Pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM355 untuk pembelian produk kesihatan dan kecantikan di Watsons.

Baucar tersebut boleh ditebus di kedai fizikal menggunakan kod bar serta secara dalam talian dengan menggunakan kod promosi. Dapatkan baucar di pautan ini.

Tidak cukup dengan itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM150* bagi produk suplemen kecantikan terpilih dapat berjimat RM10 untuk setiap pembelian.

Saksikan juga video promosi Watsons sempena Aidilfitri ini untuk maklumat lanjut mengenai promosi mereka.

Membeli sambil menyumbang

Sebagai sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Watsons turut menjual patung mainan Unik edisi terhad dan hasil jualan patung kucing comel ini akan disalurkan ke badan amal Yayasan Chow Kit.

Anda boleh mendapatkan patung mainan Unik di Watsons berdekatan pada harga RM29.90 atau dengan menebus lapan eStam dan membayar RM9.90

Bergambar dengan Unik dan menang RM100!

Selain itu, temui Unik dengan lebih dekat menerusi empat paparan berbeza di sekitar Pavilion KL dan bergambar di kesemua paparan ini untuk peluang memenangi mata Watsons bernilai RM100.

  1. Bergambar dengan keempat-empat Unik di sekitar Pavilion KL.
  2. Muat naik ke Instagram anda dan tag @watsonsmy berserta #WatsonsUniklnPavilion
  3. Pastikan akaun Instagram anda dalam tetapan umum.

Orang ramai boleh mula menyertai peraduan ini pada 6 April sehingga 6 Mei 2023. 100 pemenang bertuah bakal dipilih dan diumumkan menerusi platform media sosial Watsons Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi sempena Syawal dari Watsons, layari https://www.watsons.com.my/.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2023 @ 10:54 PM