Peranan guru semakin penting berikutan cabaran yang dihadapi sejak tempoh pandemik
Peranan guru semakin penting berikutan cabaran yang dihadapi sejak tempoh pandemik
Hanis Aliaa Hidzir

JASA guru sememangnya tidak ternilai dan ucapan terima kasih tentunya belum cukup untuk membalas pengorbanan mereka.

Justeru, bagi meraikan guru-guru hebat yang telah menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki, Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald's kembali untuk tahun kelima.

Menerusi AGI, McDonald's ingin mengajak rakyat Malaysia untuk mencalonkan dan berkongsi kisah guru-guru yang telah berusaha gigih dalam mendidik, membentuk dan memberi inspirasi buat pelajar.

Zahirkan penghargaan buat guru

Inisiatif McDonald's ini bertujuan menzahirkan  penghargaan kepada  guru-guru yang ikhlas menabur bakti  melebihi  tugas-tugas hakiki mereka. 

McDonald's juga berhasrat mengiktiraf guru-guru yang bukan sahaja membimbing pelajar dari segi akademik tetapi juga merangsang minda serta memupuk pelbagai kemahiran melalui sikap hormat dan prihatin yang ditunjukkan. 

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Azmir Jaafar, sejak penularan pandemik, peranan guru semakin penting berikutan cabaran yang dihadapi semasa peralihan kepada pembelajaran atas talian.

"Beberapa kisah inspirasi telah membuktikan betapa mereka berdedikasi dalam membimbing  pelajar dan kami berharap dapat mendengar lebih banyak kisah luar biasa mereka.

"Sebagai tanda penghargaan bagi pengorbanan mereka, kami mengajak pelajar, ibu bapa dan guru di luar sana untuk menyertai kami dengan mencalonkan seorang guru bagi Anugerah Guru Inspirasi ini," tambahnya.

Calonkan guru luar biasa dengan tiga langkah mudah

Image

Ikuti langkah berikut untuk pencalonan bagi Anugerah Guru Inspirasi:

  1. Layari https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi
  2. Hantarkan borang pencalonan dan ceritakan bagaimana calon guru telah memberikan inspirasi (Bahasa Malaysia, Inggeris atau Mandarin)

  3. Lampirkan gambar guru bagi menyokong pencalonan

Antara kriteria pemilihan penerima anugerah termasuklah usaha guru meningkatkan prestasi akademik pelajar, penggunaan kaedah pengajaran yang inovatif dan unik, menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki serta memberi impak positif kepada pelajar.

Penerima anugerah akan dipilih dengan teliti oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil McDonald's, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak media.

Kongsikan kisah inspirasi guru luar biasa anda sekarang dan hantarkan pencalonan bermula 2 sehingga 18 April 2021 di laman sesawang Anugerah Guru Inspirasi


  • Mana-mana pelajar, ibu bapa atau golongan pendidik boleh mencalonkan guru yang memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan di laman web
  • Guru yang dicalonkan mestilah warganegara Malaysia dan sedang mengajar di sekolah kerajaan atau swasta di Malaysia
  • Pemenang akan dinilai oleh panel juri berdasarkan beberapa kriteria  termasuk tetapi tidak terhad kepada - meningkatkan prestasi akademik pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan lain dari yang lain, menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dan memberi impak positif yang berterusan kepada pelajar

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 April 2021 @ 5:41 PM