BANYAK negara giat membangunkan vaksin Covid-19.
BANYAK negara giat membangunkan vaksin Covid-19.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


BANYAK negara berlumba-lumba membangunkan vaksin sebagai penawar kepada Covid-19.

Malaysia antara negara yang bersedia membeli vaksin itu bagi memastikan rakyatnya bebas daripada dijangkiti pandemik itu.

Vaksin mengandungi antigen yang berfungsi merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Namun, di sebalik keperluan terhadap 'senjata' kesihatan itu, ramai tertanya-tanya mengenai tahap keselamatan vaksin Covid-19 hingga menjadi dilema dalam kalangan sesetengah pihak sama ada perlu mengambil suntikan vaksin itu atau sebaliknya.

Pakar Toksikologi, Prof Dr Mustafa Ali Mohd berkata, perkara paling penting perlu diutamakan apabila mengambil sesuatu bahan sama ada makanan, ubat-ubatan atau vaksin ialah memastikan ia selamat dan tidak memudaratkan tubuh dalam jangka pendek atau panjang.

Menurutnya, ketika ini terdapat beberapa jenis vaksin di pasaran dan ada yang dihasilkan menggunakan teknologi asid rebonukliek (RNA).

"Vaksin berteknologi baharu ini dilihat seperti bermasalah kerana ramai tidak pasti kemampuannya, disebabkan banyak maklumat palsu dilaporkan mengenainya.

"Antaranya ialah individu meninggal dunia apabila mendapat suntikan vaksin ini.

"Sebenarnya, kita sudah melihat banyak kesan jangka pendek dan ia tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan yang teruk atau berbahaya," katanya.

Mustafa Ali berkata, apa yang lebih penting ialah untuk mengetahui kesan sampingan jangka panjang.

Bagaimanapun, belum ada sebarang kajian lengkap dilakukan berkaitan perkara itu setakat ini.

"Kajian (kesan jangka panjang) itu amat penting memandangkan vaksin terbabit dibangunkan menggunakan teknologi baharu.

MALAYSIA dijangka terima bekalan vaksin Covid-19 awal tahun ini.
MALAYSIA dijangka terima bekalan vaksin Covid-19 awal tahun ini.

"Maksudnya, tahap keselamatan vaksin berasaskan RNA ini juga tidak jelas," katanya.

Beliau berkata, ini kerana kajian mengenai vaksin Covid-19 terhadap manusia belum selesai memandangkan ia baru sembilan bulan dijalankan.

Katanya, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan vaksin ini atas dasar keperluan kecemasan.

"Ini menunjukkan FDA mungkin mengetahui kesan sampingan jangka panjang yang belum diketahui secara lebih jelas.

"Setiap vaksin perlu menjalani ujian klinikal sekurang-kurangnya lima hingga 10 tahun. Bahkan ada yang lebih lama daripada tempoh itu.

"Ini bermakna, ubat-ubatan atau vaksin tidak boleh diluluskan terlalu cepat atau tergesa-gesa," katanya.

Beliau berkata, walaupun vaksin itu dihasilkan dengan cepat menggunakan teknologi tinggi, badan manusia masih di tahap yang sama dan tidak berubah (tanpa teknologi baharu dalam tubuh).

"Ini bermakna, kita perlu berfikir panjang sebelum menerima suntikan vaksin itu jika kajian sepenuhnya belum selesai.

DUA dos suntikan vaksin Covid-19.
DUA dos suntikan vaksin Covid-19.

"Kita tidak boleh pandang ringan mengenai masalah keselamatan vaksin kerana ia akan mengubah sistem ketahanan badan secara berkekalan sepanjang hayat, lebih-lebih lagi membabitkan asid deoksiribonukleik dan RNA," katanya.

Beliau berkata, kebiasaannya, vaksin mempunyai kesan sampingan tertentu iaitu jangka pendek dan panjang.

"Kesan jangka pendek ini sedikit sebanyak diketahui seperti yang dilaporkan dalam laporan perubatan, tetapi bagi kesan jangka panjang, ada kesan ringan dan kemungkinan ada kesan yang berat," katanya.

Beliau memberi contoh terhadap satu kajian mengenai vaksin denggi, Dengvaxia di Filipina.

Vaksin baharu ini menyebabkan ramai kanak-kanak meninggal dunia akibat kesan sampingannya.

Jelasnya, secanggih mana pun teknologi baharu yang digunakan dalam penghasilan vaksin Covid-19, ujian terhadap manusia tidak boleh dipendekkan.

"Ini prinsip asas dalam pembangunan ubat-ubatan atau vaksin di seluruh dunia yang diamalkan oleh FDA dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

"Saya ingin memberitahu kepada masyarakat kajian vaksin ini pada tahap yang meyakinkan masih belum selesai.

DR Mustafa Ali
DR Mustafa Ali

"Walaupun pengeluar vaksin ini memberikan jaminan tinggi mengenai keselamatannya, kajian lebih lama tetap perlu dilakukan," katanya.

Menurutnya, sehingga kini, tiada seorang pun yang boleh memberi jaminan 100 peratus vaksin ini selamat untuk jangka panjang.

"Malah ramai dalam kalangan penyelidik, pakar toksikologi dan farmaseutikal meragui tahap keselamatan vaksin ini.

"Kenyataan ini bukan berbaur antivaksin dan saya percaya vaksin adalah langkah terbaik untuk diberikan ketika ini.

"Kerajaan juga mengambil langkah bijak

dengan membenarkan penggunaan vaksin, tetapi ia mestilah yang selamat digunakan. Saya tegaskan di sini, ia berkaitan isu vaksin yang tidak selamat," katanya.

Beliau berkata, bagi vaksin Covid-19, ia perlu diuji untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

"Apabila mendapat suntikan vaksin, kita tidak perlu lagi bimbang akan dijangkiti Covid-19.

"Kita boleh terima vaksin yang diuji dalam tempoh singkat iaitu dua tahun, tetapi ia ada risiko.

"Apatah lagi yang diuji dalam tempoh hanya sembilan bulan, memang ada bany

ak keraguan mengenai vaksin terutama kesan jangka panjang.

"Lebih menambah kebimbangan dan keraguan ialah vaksin ini baharu dan belum pernah digunakan," katanya.

Menurut beliau, contoh lain adalah 'diethylstilbesterol' iaitu ubat estrogen sintetik yang dihasilkan pada 1940-an bagi menggantikan hormon estrogen semula jadi wanita.

"Ubat ini diuji dan dikaji dengan teliti dalam tempoh yang lama serta penggunaannya diketahui amat baik untuk wanita melalui ujian lengkap selama beberapa tahun dan diluluskan FDA.

"Bagaimanapun, pada 1970-an, ramai wanita iaitu dua generasi awal (nenek) sebelum mereka yang pernah mengambil ubat itu men

ghidap barah rahim serta bermasalah pada sistem peranakan 30 tahun kemudian," katanya.

Beliau berkata, ubat yang diuji puluhan tahun dan terbukti selamat digunakan, tetapi masih mempunyai kesan jangka panjang yang ketara serta sukar dikesan dalam tempoh singkat.

"Apatah lagi vaksin Covid-19 yang diuji dalam tempoh singkat, tentunya ini membimbangkan," katanya.

Selain itu, katanya, tidak dapat dipastikan sama ada Malaysia memiliki kepakaran dan kemudahan mencukupi untuk mengendalikan proses penghantaran vaksin dengan cara betul.

"Ia terutama apabila membabitkan penghantaran bekalan vaksin ke kawasan pedalaman.

"Ini kerana vaksin memerlukan suhu -80 darjah Celcius bagi tujuan penyimpanan dan

keperluan penting ini tidak boleh diabaikan.

"Vaksin ini boleh rosak atau mendatangkan kemudaratan sekiranya tidak disimpan pada suhu terbabit atau suhu stabil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 7:00 AM