Antara aksi Aliff Syukri dan Baby Shima dalam klip video muzik Baby Sayang.
Antara aksi Aliff Syukri dan Baby Shima dalam klip video muzik Baby Sayang.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: ''Dislike' dan 'report'." Itu kebanyakan komen yang memenuhi hantaran terbaharu penyanyi kontroversi Baby Shima di Instagram bagi mempromosikan video muzik lagu terbaharunya dengan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Baby Sayang.

Komen itu muncul ketika warganet dan peminat muzik tanah air mula berasa jelik dengan tindakan kedua individu itu yang dilihat seakan-akan tidak mengendahkan teguran daripada orang ramai termasuk golongan agamawan.

Sepanjang minggu ini, baik Baby Shima mahupun Aliff Syukri, mereka giat memuatnaik hantaran video berbentuk 'teaser' video muzik itu yang dilancarkan hari ini.

Malah, Aliff Syukri juga didakwa menggunakan pendekatan tidak lagi mahu aktif di media sosial sebagai satu agenda gimik mereka.

Buktinya, Aliff kembali muncul di Instagram dengan memuatnaik 'teaser' video muzik itu, semalam sekali gus mengundang kecaman warganet yang menganggap dia sekadar cakap tak serupa bikin.

Meninjau di ruangan komen IG Baby Shima, antara komen lain warganet adalah; "Perosak industri seni tanah air," tulis @nfarizwafiy_"Tengah cuba cari di mana sedapnya atau dari sini pun tak menarik," komen @cikpuannurul_ Pengguna @syafie.nassar pula komen, 'Senang je boikot. Jgn tengok. Unfollow Report je terus.'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Ogos 2022 @ 3:03 PM