SELEPAS putus cinta, Jasper fokus pada karier.
SELEPAS putus cinta, Jasper fokus pada karier.
Norhayati Nordin


SETIAP wanita mengimpikan bertemu pasangan hidup yang mampu menerima diri seadanya dan saling menyanyangi di antara satu sama lain.

Pun begitu, dugaan percintaan dialami selalunya berbeza. Ada pasangan berjaya kekal dalam hubungan dan tidak kurang juga ramai terkandas di tengah jalan.

Berbicara soal cinta, pelakon dikenali Jasper Supayah, 29, bersikap terbuka untuk berkongsi sedikit pengalamannya yang tidak berjaya dalam perhubungan.

Pelakon filem Busut Bonang dan Polis Evo 2 ini berkata, dia pernah putus cinta tiga tahun lalu dan ia diakuinya memerlukan masa untuk pulih.

"Namun, mujur saya seorang yang ada sikap ingin bangkit segera merawat kesedihan itu. Bagi saya, mungkin belum ada jodoh dan rezeki dalam percintaan. Jadi, terima dengan tenang.

"Saya tanam tekad beri fokus pada karier seni dan syukur dapat pelbagai tawaran yang datang seperti rezeki berlakon, mengacara program TV serta menyanyi.

 JASPER akui banyak terima sokongan peminat Melayu.
JASPER akui banyak terima sokongan peminat Melayu.

"Dengan kesibukan yang saya alihkan pada karier, memang membantu jadi terapi buat saya hilangkan trauma dan kesedihan akibat gagal bercinta dengan cepat," katanya.

Berbicara juga mengenai kehadirannya dalam industri hiburan yang mendapat sokongan baik daripada peminat Melayu, Jasper berkata dia hanya mampu bersyukur dan terus memberi yang terbaik dalam karier.

"Memang tak dinafikan kebanyakan peminat saya pada kalangan masyarakat Melayu dan selesa mendekati mereka. Malah, banyak sokongan positif saya terima.

"Walapun saya berketurunan campuran Cina sebelah ibu dan India sebelah bapa, tapi memang fasih berbahasa Melayu. Bagi saya, tinggal di Malaysia kena tahu bahasa Melayu," katanya.

Bagaimanapun, Jasper yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2016

(AF2016) berkata dia sebenarnya gembira melihat perpaduan kaum di negara ini yang mana walau berlainan agama dan budaya, namun saling menghormati.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 6:12 AM