MARK Hoppus
MARK Hoppus
Agensi

Los Angeles: Vokalis kumpulan Blink-182, Mark Hoppus mengumumkan dirinya kini 'bebas' sepenuhnya daripada kanser limfoma selepas disahkan menghidap penyakit itu, awal tahun ini. 

Hoppus bagaimanapun memberitahu, dia masih perlu menjalani rawatan susulan setiap enam bulan sehingga hujung tahun ini.

"Saya baru melihat laporan kesihatan terkini dan saya kini sembuh daripada kanser.

"Terima kasih Tuhan, keluarga, rakan-rakan dan semua orang yang menyokong dan berhati mulia," katanya.

Jun lalu, Hoppus mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma dan perlu memulakan rawatan kimoterapi.

Hoppus dalam satu temu bual sebelum ini juga ada memaklumkan keadaan kesihatannya semakin beransur pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital.

"Saya berasa jauh lebih baik dari sebelum ini. Kalau dulu perasaan saya sangat buruk, tapi kini keadaannya lebih beransur pulih," katanya.

Dalam masa sama, Hoppus mengucapkan terima kasih kepada peminat yang terus mendoakan kesihatannya agar segera pulih. 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 September 2021 @ 5:52 PM