LEE
LEE

Singapura: Perdana Menteri Lee Hsien Loong disahkan menghidap kanser prostat dan menjalani pembedahan hari ini.

Beliau dijangka pulih sepenuhnya selepas cuti sakit selama seminggu.

Ini kali kedua Lee disah menghidap kanser. Dia menjalani kimoterapi pada 1993 selepas kerana menghidap limfoma.

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean mengambil alih jawatan Lee buat sementara sepanjang pemimpin itu cuti sakit.

Dalam mesej menerusi laman Facebooknya, Lee mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat kepadanya.

“Saya sudah bersedia untuk dibedah esok (hari ini). Begitu juga dengan pakar bedah dan pasukan perubatan,” katanya dengan memuat naik gambarnya tersenyum di katil hospital.

Lee yang menjadi perdana menteri sejak Ogos 2004 bersetuju menjalani pembedahan itu atas nasihat doktornya.

Berita mengenai masalah kesihatannya timbul ketika laporan tersebar mengenai kemungkinan pilihan raya umum yang dijadual diadakan awal 2017, mungkin diadakan tahun ini. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:09 AM