Budak Tebing 2 membuka mata penonton berhubung isu penderaan kanak-kanak, jenayah dan kekeluargaan.
Budak Tebing 2 membuka mata penonton berhubung isu penderaan kanak-kanak, jenayah dan kekeluargaan.
Hanis Aliaa Hidzir

DRAMA bersiri berkisar masalah sosial dalam kalangan remaja, Budak Tebing 2 mendapat perhatian ramai sejak mula disiarkan pada 18 Jun 2021. 

Drama 13 episod ini menyaksikan gandingan semula pelakon utama Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Eyka Farhana (Ira), Bella Dowanna (Laura), Fariz Isqandar (Yoyol) dan Firdaus Ghufran (Talam).

Tidak ketinggalan barisan aktor hebat tanah air seperti Fauzi Nawawi (Afendi), Pablo Amirul (Pablo), Syafie Naswip (Paan), Zarina Zainuddin (Sabrina), Nellisa Nizam (Maria) dan Imran Aqil @ Ijeebster (Pijoy) yang turut memegang watak penting dalam drama ini.

Budak Tebing 2 ialah kesinambungan drama Budak Tebing berkisarkan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). 

Membawa mesej remaja bermasalah juga mampu kembali ke pangkal jalan jika diberi bimbingan, Budak Tebing 2 membuka mata penonton berhubung isu penderaan kanak-kanak, jenayah dan kekeluargaan. 

Setelah 10 episod ditayangkan, Budak Tebing 2 kini sudah hampir di penghujung cerita. Apakah kesudahan kisah Tongki, Arif, Talam, Yoyol, Laura dan Ira?

Jangan lupa menyaksikan minggu akhir Budak Tebing 2 pada 7, 8 dan 9 Julai ini jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 2:53 PM