TANGKAP layar video Nia Ramadhani mengajar anaknya berdoa.
TANGKAP layar video Nia Ramadhani mengajar anaknya berdoa.
Agensi

Jakarta: Ada sahaja kelakuan aneh pelakon Nia Ramadhani yang menarik perhatian warganet untuk memberikan komen.

Terbaharu, isteri kepada Ardi Bakrie ini kembali dikecam gara-gara cara mengajar buah hatinya, Magika, untuk berdoa.

Kejadian itu dirakam dalam sebuah video yang kemudian dimuatnaik di akaun Instagram @niaramadhani_update.

Menerusi video itu, Nia memberitahu Magika agar meminta apa sahaja yang diinginkan, tetapi secara dalam hati sahaja.

Magika kemudian membalas mahukan seekor kuda. 

Mereka pun mula berdoa tetapi yang menarik perhatian ialah keadaan tangan Nia Ramadhani yang menyatukan kedua tangannya di depan wajah. 

Magika pula mulanya menggenggam kedua tangannya, namun akhirnya mengikuti cara ditunjukkan Nia Ramadhani.

Warganet membanjiri ruangan komen selain kebanyakan mereka berasa janggal dengan cara dilakukan Nia Ramadhani.

"Cara berdoanya bukan seperti orang Islam, inilah contoh keluarga yang terlalu kebaratan," tulis seorang warganet. 

"Cara berdoa sudah seperti orang Nasrani," kata warganet lain pula. 

Bagaimanapun tidak kurang juga yang memuji tindakan Nia Ramadhani.

"Apapun cara berdoa, yang penting niatnya. Jangan sibuk mencampuri hal orang lain. Adakah anda sudah sempurna," kata seorang warganet.   

"Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita manusia tidak usah kepoh. Itu urusan dia dengan Allah," kata seorang lagi warganet.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 2:38 PM