NIA RAMADHANI kelihatan cengkung.
NIA RAMADHANI kelihatan cengkung.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Sehari selepas ditahan akibat penyalahgunaan dadah jenis syabu, tular pula wajah pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani yang kelihatan cengkung.

Difahamkan beberapa gambar yang tersebar itu adalah hantaran terakhir dimuat naik di Instagram Stories @ramadhaniabakrie sebelum pelakon drama Bawang Mewah Bawang Putih itu ditahan polis bersama suami, Ardi Bakrie.

Bukan saja kelihatan cengkung, tapi wajah Nia juga tampak pucat, tidak bermaya dan mata sayu.

Kebanyakan komen warganet mengaitkan perubahan wajah dan penampilan Nia itu adalah kesan pengambilan dadah yang diakuinya diambil bersama suami sejak lima bulan lalu.

Berdasarkan tinjauan, ruangan komen di semua akaun media sosial milik Nia dan suami sudah ditutup.

Terdahulu, Nia ditahan di rumahnya di Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Ia selepas polis menahan pemandu peribadi pasangan itu dikenali sebagai ZN yang turut didakwa mengambil dadah jenis syabu.

Nia dan Ardi yang didakwa mengambil dadah sejak lima bulan lalu bakal berdepan hukuman penjara empat tahun.

Pasangan terbabit dituduh atas fasal 127 Undang-Undang No 35 Tahun 2009 berkenaan penyalahgunaan dadah dan hukuman empat tahun penjara.

Berdasarkan ujian air kencing, mereka positif dadah jenis syabu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 9:17 AM