NIA Ramadhani bersama suami dan anak. FOTO IG
NIA Ramadhani bersama suami dan anak. FOTO IG
Agensi

Bali: Gara-gara memuat naik foto anak sulungnya terkangkang, pelakon Nia Ramadhani menerima kecaman warganet yang menyifatkan pelakon itu tidak sensitif.

Foto yang dimuat naik semalam itu memperlihatkan Nia, suaminya Ardi Bakrie, dan anaknya Mikhayla Zalindra bergambar di sebuah pusat peranginan di Bali.

Namun, kedudukan Mikhayla agak menyakitkan mata.

Menurut komen seorang pengikutnya, dia bersimpati dengan Mikhayla hanya disebabkan ibunya tidak berfikir panjang sebelum memuat naik foto itu.

"Ya Allah, kenapa foto ini dimuat naik dengan posisinya anaknya begitu. Saya tak pernah komen di ruangan orang yang tidak dikenali tapi kasihan tengok foto ini. Kasihan anaknya," katanya.

Rata-rata komen yang ditulis warganet kurang menyenangi tindakan Nia itu. Malah, ada yang menyarankan Nia sepatutnya menutup bahagian celah kangkang anaknya yang terdedah itu.

Foto berkenaan jelas menarik perhatian sehingga mendapat tanda suka lebih 332,000 dan komen lebih 3,500.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2020 @ 4:17 PM