JUSTIN Timberlake dan isteri, Jessica Biel.
JUSTIN Timberlake dan isteri, Jessica Biel.
Agensi

PASANGAN selebriti Justin Timberlake dan isteri, Jessica Biel menimang anak kedua seorang bayi lelaki yang dilaporkan lahir pada awal Julai lalu.

Berita gembira itu disahkan penyanyi yang juga rakan baik Timberlake, Brian McKnight yang tumpang gembira dengan kehadiran anggota baru dalam keluarga sahabatnya itu.

Bagaimanapun, pasangan terbabit sendiri belum tampil dengan sebarang kenyataan rasmi berhubung berita kelahiran itu dan butiran nama serta tarikh lahir bayi juga tidak diketahui.

Timberlake dan Jessica mendirikan rumah tangga pada 2012. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, iaitu Silas Randall Timberlake yang kini berusia lima tahun.

Terdahulu, rumah tangga pasangan popular di Hollywood ini pernah goyang selepas foto Timberlake berpegangan tangan dengan aktres Alisha Wainwright tersebar ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran filem berjudul Palmer pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, Timberlake kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isterinya serta keluarga. Menurutnya, dia tiada langsung hubungan istimewa dengan pelakon wanita berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2020 @ 4:51 PM