ALIF Satar bersama anak dan isterinya.
ALIF Satar bersama anak dan isterinya.
Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, penyanyi dan pengacara, Alif Satar, 29, berkongsi rasa gembira dengan kelahiran cahaya mata ketiganya yang selamat dilahirkan jam 11.21 malam tadi.

Bayi lelaki seberat 3.54 kilogram dilahirkan secara normal dan lebih menarik, cahaya mata itu dilahirkan pada tarikh sama dengan tarikh lahirnya.

“Alhamdulillah, bayi dan isteri saya dalam keadaan baik. Bayi kami pun lahir dalam keadaan sihat.

“Ini adalah hadiah hari ulang tahun kelahiran yang tidak ternilai buat saya,” katanya kepada Harian Metro.

Ini adalah cahaya mata ketiga hasil perkahwinannya dengan isteri, Shadila Halid, 35.

Pasangan Alif dan Shad Dilla sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariana, 4, dan Alisha, 2.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 12:52 AM