Justin Timberlake. Foto Agensi
Justin Timberlake. Foto Agensi
Susunan Lydia Saiful


Kuala Lumpur: Artis popular Amerika, Justin Timberlake, 43, kembali mengeluarkan single berjudul Selfish selepas sekian lama menyepi.

Hantaran potongan muzik video Selfish dikongsi oleh Timberlake di Instagramnya menerima maklum balas yang positif daripada peminat.

Difahamkan lagu Selfish adalah salah satu daripada trek dalam album Everything I Thought It Was yang bakal dilancarkan pada Mac nanti.

Selfish adalah lagu pertama Timberlake sejak dia terbabit dalam kontroversi bersama bekas teman wanitanya Britney Spears.

Selfish juga single solo pertama Timberlake selepas pelancaran album Man of the Woods pada tahun 2018.

Setakat ini, muzik video yang tidak sampai 24 jam dimuat naik di platform digital Youtube itu dilaporkan mendapat lebih daripada 783,000 tontonan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2024 @ 6:26 PM