DEJA Moss bersama suaminya, Maher Khani. FOTO IG Deja Moss
DEJA Moss bersama suaminya, Maher Khani. FOTO IG Deja Moss
Syafil Syazwan Jefri


SELEPAS beberapa bulan bergelar isteri, penyanyi Deja Moss kini berkongsi dia sudah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Maher Khani sejak tahun lalu.

Dalam perkongsiannya di Instagram, Deja turut berkongsi foto bersama suaminya dan beberapa anggota keluarga.

"Alhamdulillah, hari ini saya ingin berkongsi berita gembira buat sahabat-sahabat, rakan-rakan Instagram dan Facebook serta peminat-peminat saya. Saya kini selamat bergelar isteri pada tahun lalu dengan lelaki pilihan hati saya, Maher Khani. Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa daripada anda semua," tulisnya.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss bagaimanapun enggan berkongsi mengenai butiran perkahwinannya dengan lelaki berbangsa asing itu.

"Mengenai butiran pernikahan kami, biarlah ia menjadi milik saya dan keluarga. Cukuplah saya maklumkan, saya sudah selamat menjadi isteri dan doakan pernikahan kami berkekalan sehingga ke Jannah. Terima kasih semua. Salam kasih sayang. Much love. Stay home and be safe!" tulisnya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk menemubual Deja berhubung perkahwinannya itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.

Ini adalah perkahwinan kedua Deja selepas bercerai dengan Azfendy Azzuddin 24 Oktober 2018. Mereka melangsungkan pernikahan pada 30 Ogos 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2020 @ 5:30 PM