ED Sheeran kongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi perempuannya.
ED Sheeran kongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi perempuannya.
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI Ed Sheeran menerusi Instagram berkongsi berita gembira mengenai kelahiran bayi perempuannya, hasil perkahwinan dengan isteri, Cherry Seaborn.

Dalam hantaran itu, Sheeran memaklumkan bayi perempuan mereka selamat dilahirkan pada minggu lalu dan diberi nama Lyra Antarctica Seaborn Sheeran.

"Mesej ringkas daripada saya, ada satu berita yang ingin dikongsikan. Minggu lalu, dengan bantuan pasukan perubatan Cherry selamat melahirkan bayi perempuan yang comel dan sihat - Lyra Antarctica Seaborn Sheeran," tulisnya.

Tambah penyanyi lagu Perfect dan Shape of You itu lagi, kedua-duanya iaitu ibu dan anak berada dalam keadaan baik.

"Kami sayangkannya sepenuh hati. Ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan saya berasa sangat bahagia di sini.

"Kami berharap, anda dapat menghormati privasi kami pada ketika ini. Rasa sayang buat kalian dan saya akan kembali bila tiba masanya," tulisnya.

Begitu menitikberatkan soal privasi, pasangan Sheeran dan Cherry sebelum iniĀ  didakwa berkahwin secara senyap.

Bahkan, acara pernikahan mereka dikata berlangsung pada Krismas 2018, namun tiada sesiapa yang tahu tarikh sebenarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2020 @ 8:44 PM