RITA Rudaini melancarkan buku biografinya sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 pada 1 Mei lalu. FOTO Rohanis Shukri
RITA Rudaini melancarkan buku biografinya sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 pada 1 Mei lalu. FOTO Rohanis Shukri
Sudirman Mohd Tahir


BUKU biografi ‘€˜Kerana Aku Seorang Perempuan’ yang memaparkan kisah hidup pelakon Rita Rudaini habis terjual 3,000 naskhah dalam tempoh empat hari sejak dilancarkan pada 1 Mei.

Rita berkata, dia tidak menjangka buku hasil tulisan Pengarang Hiburan Mingguan Malaysia, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin itu laris bak pisang goreng panas.

“Utuk cetakan pertama pihak penerbitan menghasilkan 3,000 naskhah dan semuanya habis terjual. Malah, semalam saya dimaklumkan ramai pengunjung pesta buku di PWTC kecewa buku ini habis.

“Selain itu, ada beberapa kedai buku yang berminat untuk menjual buku ini. Saya menganggap ini adalah rezeki.

“€œInsya-Allah, kami sedang merancang untuk menghasilkan cetakan kedua tidak lama lagi. Berapa jumlah belum diputuskan lagi. Kalau boleh nak habiskan dahulu proses penghantaran buku ini yang dibeli secara dalam talian,” katanya kepada Harian Metro.

Rita berkata, meski ada segelintir pihak yang memandang sinis penerbitan buku itu yang menganggap dirinya masih belum ‘move on’ dengan perkahwinan terdahulu bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan, dia tidak mahu ambil pusing.

Sebaliknya, Rita menyifatkan apa sahaja kritikan dilemparkan dianggap satu bentuk promosi untuk buku itu.

“€œBiarlah orang lain nak mengata atau terus memburukkan saya di laman sosial. Apa yang penting saya tidak kacau hidup mereka. Lebih banyak mereka mengutuk saya, lebih banyak rezeki Allah berikan untuk saya dan anak-anak.

“€œMacam dikatakan sebelum ini, buku ini adalah jujur daripada saya berdasarkan apa yang pernah dilalui sebelum ini. Orang selalu kata saya suka buat cerita, jadi buku ini menjawab segala persoalan ditimbulkan,” katanya.

Selain kisah bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, buku itu antara lain berkongsi secara eksklusif foto perkahwinan dengan Aidil yang berlangsung dalam gudang beras di Selatan Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mei 2018 @ 3:48 PM