Rayyan (kiri) dikatakan mirip wajah bapanya, Aidil Zafuan
Rayyan (kiri) dikatakan mirip wajah bapanya, Aidil Zafuan
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Rita Rudaini,46, memberitahu dia tidak perlu melenting apabila wajah anak sulungnya, Airit Rayyan,13, dikatakan mirip bapanya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan, 35.

Rita berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengikut yang mengatakan wajah Rayyan saling tak tumpah seperti bekas suaminya itu.

"Nak marah buat apa dah memang itu bapa dia. Bekas suami kepada mommy dia," katanya.

Rata-rata netizen mengatakan wajah Rayyan semakin menyerupai Aidil apabila tampil dengan gaya rambut pendek.

Menurut Rita, penampilan terbaru Rayyan itu adalah atas kemahuannya yang pada awalnya ingin tampil botak. "Bila dia minta nak botak, tapi mommy cakap cukup setakat itu," katanya.

Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun pasangan itu bercerai pada September 2013.

Selain Rayyan, mereka dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 11 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2022 @ 7:40 PM