KEADAAN banjir di Kampung Masjid Gali, Raub, semalam FOTO arkib ihsan Polis
KEADAAN banjir di Kampung Masjid Gali, Raub, semalam FOTO arkib ihsan Polis
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah


Raub: Banjir yang melanda enam kampung di daerah ini semalam pulih sepenuhnya hari ini, apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup jam 11.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, semua 122 mangsa yang ditempatkan di empat PPS sudah pulang ke rumah masing-masing.

Semalam, mangsa, penduduk Kampung Padang Manggis, Kampung Masjid Gali, Gali Hilir, Kampung Kuala Temau dan Kampung Kuala Gali terpaksa berpindah mulai jam 9 pagi selepas kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Ia berpunca daripada limpahan air Sungai Ruan di sini, selepas hujan lebat berterusan selama sejam pada tengah malam sebelumnya.

Tamat.10

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 4:20 PM