LEXUS RX. FOTO Erywan Norshal
LEXUS RX. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal


Petaling Jaya: Lexus Malaysia memperkenalkan model generasi keempat Lexus RX dengan penambahan ciri inovatif serta reka bentuk yang lebih elegan, hari ini.

Model itu tampil sentuhan tajam serta lengkung lebih menyerlah yang kini berkongsi warisan sama dengan barisan Lexus baru.

Lexus RX dipadankan dengan enjin petrol dan hibrid yang diperkemaskan teknologi keselamatan canggih, bantuan pemanduan serta ciri termaju bagi kenderaan utiliti sukan (SUV).

Rangkaian kuasa yang digunakan membabitkan enjin 2.0 liter turbocaj, 3.5 liter V6 dan 3.5 liter V6 dengan sistem penjana hibrid.

Ditawarkan dengan enam varian serta didatangkan tiga pilihan warna yang dijual antara RM388,800 sehingga RM520,200.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Datuk Ismet Suki.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 5:00 PM