AHMAD Jais  ketika sidang media Majlis Pengundian Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) semalam. FOTO Bernama
AHMAD Jais ketika sidang media Majlis Pengundian Kejohanan Sepaktakraw Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) semalam. FOTO Bernama
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Tidak sampai sebulan lagi Piala Dunia Sepak Takraw membuka tirai dengan pemain yang berada dalam kem latihan skuad kebangsaan sekarang sudah pasti berdebar menantikan pengumuman siapa bakal disingkirkan.

Menurut ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun, empat pemain bakal diketepikan dan ia bergantung kepada pemilihan terakhir berlandaskan perlawanan ujian selama tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.

"Esok petang kita akan ada perlawanan ujian untuk memilih barisan pemain (12 pemain) yang akan menggalas cabaran ke Piala Dunia nanti," katanya selepas majlis undian semalam.

Ujar Ahmad Jais, bermula sesi petang ini, Sabtu dan Ahad, skuad negara akan menjalani perlawanan menentang pemain dari Universiti Pathum Thani yang dibarisi regu Tentera LautDiraja Thailand.

"Jadi, menerusi perlawanan ujian ini kita akan menyenaraikan 12 pemain sahaja daripada 16 pemain terpilih sebelum ini. Sekiranya berlaku kecederaan, akan buat pertukaran dalam 16 pemain berkenaan," katanya.

Ketika ditanya mengenai undian yang dilakukan petang semalam, Ahmad Jais meletakkan harapan cukup tinggi agar mereka mampu berdepan Thailand di pentas final.

"Bagi saya undian semalam berlangsung positif dan perancangan kita adalah untuk mengatasi Thailand di pentas final.

"Apapun, kita tidak boleh memandang mudah cabaran pasukan lain terutama acara berpasukandan double. Saya lihat Thailand, Myanmar dan juga Indonesia mempamerkan aksi konsistendalam acara itu.

"Saya harap dengan persiapan di Thailand sebelum ini dapat memberi kelebihan kepadapemain negara untuk tampil cemerlang di Piala Dunia nanti," katanya.

Menjelang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang dijadual berlangsung dari 18 hingga 26 Meidepan di Stadium Titiwangsa nanti, skuad negara memilih berada dalam Kumpulan A bersama-sama Jepun serta Brunei dan kedua-dua pasukan itu turut bakal ditemui Malaysia dalam acara berpasukan di Kumpulan C.

Dalam acara regu pula, Malaysia yang muncul naib juara pada Piala Dunia 2022 di Korea Selatan, diletakkan selaku pasukan pilihan dalam Kumpulan B bersama-sama China serta Brunei.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 3:25 PM