Oleh Nor Akmar Samudin

Resah jiwanya berhadapan kontroversi percintaan membawa Ummi Nazeera, 24, ke Melbourne, Australia untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Permasaran di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT).

Tidak mahu terkenangkan kekecewaan yang melanda hati, Ummi rela meninggalkan keluarga dan rakan yang selama ini sentiasa berada di sisinya. Selepas empat tahun berlalu, Disember tahun lalu Ummi berjaya menamatkan pengajiannya dan pulang ke tanah air.

Pemergian Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin ke luar negara juga bukan sekadar untuk menimba ilmu, malah lebih daripada itu, dia diberikan hidayah Allah SWT untuk melengkapkan dirinya sebagai wanita Muslimah apabila dia mula berhijab pada Mei 2013.

Bertemu dengannya baru-baru ini, jelas Ummi, sejak pulang ke tanah air dia jarang muncul di majlis hiburan.

Hanya baru-baru ini dia hadir ke majlis Festival Filem Malaysia ke-26 dan Anugerah Skrin 2014.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:23 AM