UMMI Nazeera. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
UMMI Nazeera. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Amirul Haswendy Ashari

Sibuk dengan persiapan hari bahagia tidak lama lagi selain perlu menyiapkan tanggungjawab di lokasi penggambaran drama adalah dua perkara yang dilalui pelakon Ummi Nazeera, 26, saat ini.

Bakal disatukan dengan Dr Mohd Izzar Anwari, 30, pada 3 Ogos ini, Ummi yang ditemui baru-baru ini akui keadaannya baik-baik saja dan gembira kerana kad jemputan sudah mula diedarkan.

Kata Ummi, sebenarnya kini dia sibuk di lokasi dan tidak sempat untuk memikirkan debaran menantikan hari bahagianya itu.

“Ada dua perkara yang saya perlu fokus pada masa ini iaitu perkahwinan dan penggambaran drama Chor & Chah. Pada masa ini hanya cenderahati yang belum siap kerana ditempah dari luar negara.

“Ikut janji, cenderahati itu siap sepenuhnya pada 28 Julai ini dan akan diterbangkan ke Malaysia pada 29 Julai.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2017 @ 3:38 AM