Ayra Aneesah dilahirkan pada 22 Ogos lalu. Ummi Nazeeera dan suami (gambar kecil). FOTO Ihsan Instagram Ummi Nazeera
Ayra Aneesah dilahirkan pada 22 Ogos lalu. Ummi Nazeeera dan suami (gambar kecil). FOTO Ihsan Instagram Ummi Nazeera
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Ummi Nazeera berkongsi selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Ayra Aneesah Mohd Izzar Anwariada di Hospital Serdang pada 22 Ogos lalu.

Ummi Nazeera, 28, atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin berkata, dia bersalin secara pembedahan pada usia kandungan mencecah 34 minggu.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Anak dan saya dalam keadaan sihat dan sempurna.

“Saya bersalin awal sebulan daripada tarikh yang dijangka doktor,” katanya kepada Harian Metro.

Ummi dan suami, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 31, berkahwin pada 23 Julai tahun lalu.

Beliau bakal muncul dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Red Films pada 25 Oktober ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 9:50 PM