Teksi dinaiki Pellegrini sempat kembali ke lapangan terbang 35 minit kemudian. - Pix Mirror
Teksi dinaiki Pellegrini sempat kembali ke lapangan terbang 35 minit kemudian. - Pix Mirror
Reaksi Pellegrini ketika pasport tertinggal
Reaksi Pellegrini ketika pasport tertinggal

Manchester: Pengurus pasukan Manuel Pellegrini mencetus cemas seketika apabila tertinggal pasport untuk penerbangan Manchester City ke Jerman semalam.

Skuad The Blues akan berdepan Borussia Monchengladbach awal pagi esok dalam usaha mencari mata pertama kempen Liga Juara Juara.

Pasukan City tiba lebih awal di lapangan terbang untuk penerbangan jam 15.15 petang (10.15 malam waktu Malaysia) ke destinasi mereka.

Pellegrini terpaksa mendapatkan teksi serta merta untuk segera mengambil pasport dan tiba semula ke lapangan terbang 35 minit kemudian.

Pengurus Chile itu selamat sampai ke destinasi bersama anak anak buahnya untuk menghadapi perlawanan terbabit. - Mirror

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 3:59 PM